Pengguna bakal nikmati perjalanan percuma di Lebuhraya LATAR sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR, Khamis – Lebih 100,000 pengguna Lebuhraya LATAR bakal menikmati perjalanan Tol Percuma bermula dari tengah malam sehingga 11.59 malam pada 6 Julai 2016 iaitu pada hari raya pertama Aidilfitri.
“Tol percuma ini adalah bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri” kata En Ahmad Fuad Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi, Lebuhraya LATAR.
“Ini merupakan kali ketiga (3) Lebuhraya LATAR memberikan Tol Percuma kepada para pengguna lebuhraya. Kali pertama adalah selepas perasmian Lebuhraya LATAR dan diikuti dengan pembukaan Persimpangan Kundang pada tahun lepas.
“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat kepada masyarakat dan juga bertujuan meraikan dan menghargai sokongan para pengguna setia Lebuhraya LATAR.
“Dengan adanya insentif tol percuma ini, adalah diharapkan agar ianya dapat meringankan beban berbelanjaan para pengguna semasa musim perayaan ini.” tambah beliau.
Perjalanan bebas tol ini adalah untuk dinikmati oleh semua jenis kelas kenderaan di semua ke enam-enam (6) tol plaza dalam Lebuhraya LATAR.
Lebuhraya LATAR menghubungkan Kuala Lumpur dari Taman Templer di daerah Gombak dengan Ijok di daerah Kuala Selangor. Lebuhraya LATAR menawarkan laluan altenatif sebagai Pintu Gerbang ke Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Para pengguna akan menikmati perjalanan yang lebih baik dan lebih lancar untuk balik kampung dan dapat mengelakkan dari terperangkap dengan kesesakan jalanraya yang sering dilapurkan semasa musim perayaan jika menggunakan laluan lain untuk ke Utara.
Pasukan EXPERT dan RONDA LATAR sentiasa bersiap sedia 24 jam bagi membantu para pengguna dalam sebarang situasi kecemasan. Lebuhraya LATAR menyediakan dua ( 2 ) kawasan rawat dan rehat (R&R) yang terletak di Kundang Barat dan Kundang Timur.
Antara kemudahan yang tersedia termasuklah kemudahan awam seperti tandas, surau, medan selera dan ianya juga dilengkapi dengan sebuah sebuah stesen minyak
PETRONAS di kedua-dua arah. Dengan tersedianya kemudahan tersebut, sudah tentu akan memudahkan dan melancarkan perjalanan balik kampung para penggguna lebuhraya.
Lorong tambah nilai ‘touch n go’ akan beroperasi sepenuhnya selama 24-jam di samping pusat khidmat pelanggan yang turut disediakan. Kemudahan tambah nilai di lorong turut memudahkan pengguna untuk menambah nilai kad ‘touch n go’ mereka.
“Kepada semua para pengguna Lebuhraya LATAR, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, cubalah balik kampung kali dengan menggunakan Lebuhraya LATAR, saya yakin anda akan menyukainya kerana anda bakal menikmati perjalanan yang lebih cepat dan selamat”. Ahmad Fuad Ahmad Shahimi, mengakiri kenyataan ini.
Lebuhraya LATAR menghubungkan beberapa pekan seperti Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok , Bestari Jaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong , Sungai Buloh, Kundang , Rawang dan Selayang dan membolehkan perjalanan yang lebih cepat, pilihan lebih selamat untuk ke Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Lebuhraya LATAR merupakan sebahagian daripada jaringan jalanraya wilayah utara barat bagi KL Outer Ring Road ( KLORR ) yang bermula dari Persimpangan Taman Templer (KL-Rawang) hingga ke Lebuhraya Guthrie.
KL-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB) merupakan syarikat konsesi Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) yang dahulunya dikenali sebagai Leburaya Assam Jawa Taman Rimba Bhd (LATAR) dan telah ditubuhkan pada tahun 1996. KLSEB adalah anak syarikat Bina Puri Holdings Berhad (50%) dan Rafulin Holdings Sdn Bhd melalui anak syarikat milik penuh Arena Irama Sdn Bhd.
Pembinaan Lebuhraya LATAR KL-Kuala Selangor dimulakan pada tahun 2008 apabila perjanjian konsesi tambahan telah ditandatangani pada 28 Februari 2008 dengan Kementerian Kerja Raya yang mewakili Kerajaan Malaysia.
Syarikat telah mendapat pembiayaan kewangan pada Oktober 2008 dengan jumlah RM1.04 bilion pinjaman daripada Bank Pembangunan Malaysia dan Pembangunan Islam.
Syarikat telah mendapat 40 tahun konsesi di Lebuhraya LATAR di bawah skim Build-Operate-Transfer (BOT) di mana syarikat bertanggungjawab untuk membiayai, merekabentuk, membina, mengendali dan menyelenggara lebuhraya tersebut.
SUMBER : Bina Puri Holdings Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Surati Sujor
Tel : 013-2660207
Nama : Fakrurazi Zakaria
Tel : 019-3859863 – Bernama
The post Pengguna bakal nikmati perjalanan percuma di Lebuhraya LATAR sempena Aidilfitri appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan