Perkemas tarbiah untuk kukuhkan PAS: Pemuda Isma

851423256_67249_5815312489435122475

Ketua Pemuda ISMA, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad (kiri) bersama Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz di Muktamar Pemuda Pas ke-57 malam tadi.

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Rabu – Kesungguhan PAS untuk kembali memperkemas sistem tarbiah dan pembinaan kompetensi generasi muda adalah suatu langkah bijak.

Memuji usaha parti Islam itu, Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, perancangan terbaik itu akan dapat memperkukuhkan semula parti berkenaan.

“Saya percaya, inilah satu-satunya  cara bagi membangunkan kembali generasi anak muda yang sayangkan agama dan cintakan negara.

“Bahkan, dalam skala makro sebagai sebuah gerakan harakah Islam, mana mungkin PAS atau mana-mana jemaah lain kekal utuh dan kompetitif tanpa dokongan ahli yang berkredibiliti dan berkemahiran tinggi,” katanya kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas ucaptama Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz semalam bahawa tarbiah dalaman parti atau jentera parti adalah elemen terpenting, dan perlu digerakkan dengan berkesan.

“Pemuda PAS perlu memperkemas kelangsungan program tarbiah seperti ijtima’ tarbawi, jaulah tarbawi, liqa’ fikri, tamrin, mukhayyam dan usrah di semua peringkat, seterusnya memberi nilai tambah dalam aspek silibus, kompetensi nuqaba’ dan pemantauan pelaksanaan.

“Selain itu, tiga lagi tindakan bersama yang digariskan ialah memperkasa organisasi, menjuarai hubungan anak muda dan menguasai pengundi mata,” kata Ustaz Nik Abduh.

Lukman berkata, tarbiah yang betul akan membantu parti itu membuat keputusan politik yang matang serta bermanfaat kepada kepentingan Islam dan Melayu di Malaysia.

“Ia juga akan dapat menjelaskan batas hubungan kerjasama dengan bukan Islam dan musuh-musuh Islam,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian