PLUS minta pengguna jalan raya ikut jadual perjalanan elak kesesakan

Lebuhraya-PLUS
KUALA LUMPUR, Khamis – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meminta pengguna jalan raya agar mematuhi Jadual Masa Perjalanan (TTA) yang dikeluarkannya bagi mengelak kesesakan semasa orang ramai pulang ke kampung semasa musim perayaan ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, menerusi TTA itu, pengguna jalan raya dari Lembah Klang yang menuju Perlis dan Kedah disaran supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Manakala pengguna yang menuju Pulau Pinang, Perak Utara dan Perak Tengah dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya antara pukul 10 pagi hingga 6 petang, katanya.

Sementara itu Noorizah berkata, berdasarkan kajian PLUS semasa musim perayaan lalu, perjalanan di lebuh raya menjadi lebih lancar apabila orang ramai mematuhi jadual TTA PLUS.

Beliau berkata, PLUS menjangkakan 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan sempena Aidilfitri ini.

Orang ramai boleh merujuk jadual TTA di laman sesawang PLUS di www.plus.com.my, laman Twitter PLUSTrafik atau laman Facebook PLUSMiles.

PLUS juga menawarkan rebat tol sebanyak 30 peratus bagi pengguna lebuh raya PLUS dan Elite pada hari bukan puncak iaitu pada 4, 8 dan 11 Julai, yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer dan membayar tol menggunakan sistem eletronik iaitu kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG. – Bernama

The post PLUS minta pengguna jalan raya ikut jadual perjalanan elak kesesakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?