PRK Kuala Kangsar: Dr Ahmad Termizi diumum calon PAN

calon pan kuala kangsar
KUALA KANGSAR, Jumaat – Parti serpihan PAS, iaitu PAN menamakan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Pengumuman Ahmad Termizi, yang juga merupakan naib ketua PAN kawasan Kuala Kangsar itu dibuat oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Kota Lama Kanan, Jalan Sayong, di sini malam tadi.

Ahmad Termizi, berasal dar Kampung Suak Perai, Manong di sini, mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam Fizik Perubatan dari University Swansea, Wales.

Beliau, yang merupakan seorang saintis, juga adalah Anggota Jawatankuasa Biro Politik PAN Perak.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 5 Mei lalu dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Barisan Nasional (BN) menamakan balu Allahyarham, Datin Mastura Mohd Yazid  sebagai calonnya, manakala PAS meletakkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Sementara itu, penolong setiausaha Pemuda UMNO cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

BERITA BERKAITAN:

Azhar Abdul Shukur calon PAN di PRK Sungai Besar

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian