Rayani Air berhentikan 415 kakitangan

Rayani-Air-halal-940x470

BANGI, Khamis – Pada saat umat Islam bakal menyambut Aidilfitri tidak beberapa hari lagi, Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, membuat keputusan memberhentikan 415 kakitangannya, sekali gus menarik balik langkah untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan.

Pemberhentian kerja dianggap situasi menang-menang kepada semua pihak, terutama pekerja berbanding penamatan perkhidmatan yang lebih merujuk kepada pemecatan,kata Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air, Datuk Karthiyani Govindan.

Memetik laporan MStar Online hari ini beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Syarikat merasakan surat penamatan khidmat itu tidak sesuai untuk pekerja kerana ia hanya memberi gambaran buruk kepada mereka. Syarikat hanya akan mengeluarkan surat seperti itu sekiranya ia melibatkan masalah disiplin atau salah laku.

“Oleh itu, syarikat memutuskan untuk mengeluarkan surat pemberhentian kerja berikutan syarikat tidak lagi beroperasi ketika ini.

“Surat itu akan memudahkan pekerja untuk memohon kerja di syarikat lain atau memohon bekerja semula dengan Rayani Air sekiranya syarikat kembali beroperasi pada masa akan datang,” katanya.

Karthiyani dipetik sebagai berkata, selain memanfaatkan pekerjanya, surat ‘versi baharu’ itu juga akan memudahkan urusan pengambilan semula pekerja oleh pelabur yang akan mengambil alih syarikat itu, sekiranya ia dibenarkan untuk beroperasi semula.

The post Rayani Air berhentikan 415 kakitangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?