Ringgit ditutup rendah berbanding Dolar AS

ringgit-dollar

KUALA LUMPUR, Khamis – Ringgit ditutup rendah bagi empat hari berturut-turut hari ini berbanding dolar AS dalam keadaan ketidakpastian tentang kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.1470/1520 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1480 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata prospek kenaikan kadar faedah AS dalam tempoh terdekat menjejaskan permintaan bagi aset dalam pasaran sedang pesat membangun.

Dolar AS, bagaimanapun, turun berbanding mata wang utama lain pada Khamis, dipengaruhi oleh data ekonomi AS yang bercampur-campur, kekukuhan yen Jepun serta kebimbangan terhadap referendum akan datang UK untuk memutuskan sama ada

Britain harus kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah, katanya.  Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0145/0192 daripada  3.0040/0093 pada Rabu dan jatuh berbanding euro kepada 4.6484/6552 daripada 4.6185/6279.

Ringgit berkurangan berbanding pound British kepada 5.9891/9971 daripada 5.9871/9997 pada Rabu dan turun berbanding yen kepada 3.8035/8099 daripada 3.7683/7757.  – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian