RON95, RON97 dan Diesel naik 5 sen tengah malam ini
BANGI, Khamis – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel masing-masing mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter berbanding tiga bulan lalu berkuatkuasa tengah malam ini.
Ia sekaligus menjadikan harga RON95 meningkat sebanyak RM1.75 seliter manakala RON97 pula akan dijual dengan RM2.10 seliter.
Manakala bagi bahan api Diesel akan dijual pada harga RM1.60 seliter berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.55 seliter
Kenaikan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api ini berlaku selepas tiga bulan berbanding sebelumnya apabila harga minyak berterusan turun bermula Februari dan Mac tahun ini.
The post RON95, RON97 dan Diesel naik 5 sen tengah malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan