RUU Persendirian tiada kaitan dengan hudud, tegas Dewan Ulama PAS

Ketua-Dewan-Ulama-PAS1

PASIR PUTEH, Rabu – Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) tidak ada kaitan dengan hudud, sebaliknya bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Menurutnya, setakat ini kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.

“Kita minta semua wakil rakyat (anggota Parlimen) terutama yang beragama Islam, dan bukan Islam menyokong usul berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-55 di sini malam ini.

Beliau berkata usul berkenaan hanya untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, oleh itu tiada sebab mengapa orang Islam dan bukan Islam tidak boleh menyokong.

Usul RUU persendirian itu dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.

Muktamar dewan tersebut dirasmikan Naib Presiden PAS Idris Ahmad. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian