Sarawak catat jumlah tertinggi individu tidak berpuasa
KUCHING, Khamis – Ketua Penguatkuasaan Syariah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Wan Shaifuddin Wan Madihi, berkata Kuching mencatat jumlah penahanan tertinggi individu beragama Islam yang tidak berpuasa sejak Ramadan.
Katanya, ia membabitkan 16 tangkapan sehingga semalam, diikuti Limbang (18), Samarahan (13), Bintulu (enam), Sibu (lima), Betong (dua) dan Sri Aman (satu).
Seramai 61 ditahan di seluruh negeri dan daripada jumlah itu, katanya, seramai 37 individu sudah didakwa di mahkamah syariah dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah kerana tidak menghormati Ramadan.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan,” katanya yang dipetik daripada BH, hari ini.
Beliau berkata, denda tertinggi setakat ini kerana tidak berpuasa ialah RM800 dan tiga bulan hukuman penjara.
The post Sarawak catat jumlah tertinggi individu tidak berpuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan