Status halal marshmallow diragui: JAKIM

marshmallow_89734659854

KUALA LUMPUR, Ahad – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan kebanyakan produk marshmallow yang dijual secara terbuka khususnya diimport adalah diragui status halalnya.

Susulan itu, Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM har ini menasihatkan orang ramai supaya memastikan produk marshmallow yang hendak dibeli memiliki logo halal diiktiraf pihaknya.

“Meskipun terdapat pengeluaran dan pemprosesan produk terbabit di negara ini, jumlahnya sangat terhad.

“Justeru, kepada penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM,” kata unit itu dalam satu kenyataan.

Isu mengenai marshmallow haram ini timbul berikutan kenyataan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, Mohd Amri Abdullah yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 15 Jun 2016.

Beliau menyatakan produk berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal daripada perspektif halal.

JAKIM seterusnya mengesahkan mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp mengenai marshmallow yang memetik kenyataan Mohd Amri adalah tepat dan perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

The post Status halal marshmallow diragui: JAKIM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?