Tabung Haji lantik Johan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO

d1b649d7a1dd257acec4d62941b366d2_XL

KUALA LUMPUR, Khamis – Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai.

Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan Jun selepas berkhidmat lebih sedekad menganggotai lembaga pengarah.

Johan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Morehead State University dan ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Eastern Michigan University.

Sebelum menyertai Tabung Haji sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO pada 15 Jan tahun lepas, beliau berkhidmat sebagai Pengarah urusan dan CEO BIMB Holdings Bhd sejak Mei 2008.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan di Bursa Malaysia Bhd dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam. – Bernama

The post Tabung Haji lantik Johan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?