Tempatkan lebih banyak penguat kuasa KPDNKK di bazar Ramadan: MB Kedah

bazar-650x400

ALOR SETAR, Jumaat – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta agar lebih banyak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diletakkan di bazar-bazar sempena bulan Ramadan ini.

Ahmad Bashah berkata ia bagi memantau peniaga yang gemar mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kuih-muih dan makanan setiap kali menjelang Ramadan.

“Minta penguat kuasa KPDNKK ambil tindakan, kalau boleh kawasan agak luas yang banyak peniaga itu KPDNKK tempatkan banyak lagi penguat kuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong muafakat Kedah di Kampung Teluk Junus, Mukim Padang Hang di sini hari ini.

Ahmad Bashah turut mengingatkan peniaga restoran beragama Islam agar memulakan operasi perniagaan pada waktu yang telah ditetapkan pada bulan Ramadan iaitu pukul 3 petang dan ke atas.

“Serah pada Jabatan Agama Islam untuk pantau dan ambil tindakan pada peniaga yang langgar peraturan ini sebab kita nak hormat bulan yang mulia ini,” katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian