Tentera Iraq serang kawasan Daesh di Fallujah

36712f5c-fdfc-411b-9ca7-417ff0f387e5

FALLUJAH, Jumaat – Lebih 50 anggota kumpulan militan Daesh terbunuh selepas kerajaan Iraq melancarkan operasi serangan bagi memerangi keganasan terhadap puak pelampau itu di wilayah barat, Anbar.

Memetik laporan media antarabangsa, Ketua Operasi Keselamatan Fallujah, Leftenan Abdel Wahab al-Saadi sebagai berkata, pasukan keselamatan telah menutup kawasan yang ditawan pengganas Daesh di selatan Fallujah yang terletak kira-kira 69 kilometer dari ibu negara Baghdad.

Katanya, pasukan keselamatan sedang mencari dan membersihkan kawasan militan Daesh serta merampas penuh ke atas tempat itu.

Dalam serangan berasingan, jet pejuang Iraq membedil kawasan Daesh di utara Albu Dhiyab sehingga memunsnahkan lapan tempat persembunyian pengganas itu dan membunuh ke semua anggotanya.- Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian