Tiada pengganas, hanya PATI bolos sistem keselamatan sempadan KLIA: Zahid

imigresen kliaTOKYO, Rabu – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hanya pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membolosi sistem keselamatan sempadan negara terutama di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, pencerobohan itu tidak melibatkan pengganas, dan selain itu, mereka yang mensabotaj sistem berkenaan tidak terlibat dalam sebarang unsur keganasan seperti yang dilaporkan oleh sebuah agensi berita antarabangsa pada Selasa.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan bersama Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia dan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (JAMECA-MAJECA) ke-34 di sini Rabu.

“Kita tidak melindungi mana-mana pegawai bawahan, pertengahan, atasan yang terlibat. (Malah) Arahan untuk lakukan siasatan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah atas kesedaran bahawa tindakan drastik mesti dilakukan untuk mengatasi masalah kebolosan pekerja asing apatah lagi pengganas,” katanya. 

Ahmad Zahid berkata pemantauan secara berterusan akan dilakukan terhadap pembolosan di kawasan sempadan negara, baik secara kerjasama dalaman di kalangan pegawai bawahan atau dengan pihak luar, termasuk agensi pekerjaan yang tidak berdaftar.

Mengulas mengenai tindakan buang kerja terhadap 15 pegawai Imigresen, beliau berkata tindakan undang-undang tetap diambil sekiranya mereka didapati bersalah selain dikenakan tindakan tatatertib.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi berkata 15 pegawai itu adalah antara 37 pegawai Jabatan Imigresen yang dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Selain itu, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji, kata Sakib. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?