1MDB bakal umum juruaudit baharu

Mohd_Irwan_Siregar_Abdullah_28102013_620_412_100

KUALA LUMPUR, Jumaat – Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengumumkan juruaudit baharunya tidak lama lagi, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Ketika ditanya mengenai pengumuman 1MDB bahawa penyata kewangan 2013 dan 2014 tidak lagi boleh dipercayai, beliau hanya berkata: “Tiada komen”.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa syarikat itu akan mengumumkan juruaudit baharu tidak lama lagi selepas khidmat juruaudit sekarang, Deloitte Malaysia dihentikan.

Dengan notis Deloitte untuk menarik diri, ia menjadikannya firma audit ketiga yang menamatkan khidmat dengan 1MDB sejak penubuhannya pada 2009.

Pada Selasa lalu, 1MDB berkata, penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunapakai sehingga dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) ditentukan di mahkamah.

Ini kemudian diulangi oleh Deloitte yang berkata bahawa audit 1MDB bagi tahun itu akan memberi kesan dalam tindakan undang-undang DoJ.

Pada Rabu minggu lalu, DoJ memfailkan dua tindakan undang-undang untuk merampas lebih AS $ 1 bilion aset yang mana dikatakan telah dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1MDB.

The post 1MDB bakal umum juruaudit baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?