1MDB: Harta yang hendak disita oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
BANGI, Khamis – Semalam, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa mereka telah mengemukakan saman bagi melucuthakkan beberapa harta yang ada kaitan dengan ‘kehilangan’ dana syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jabatan itu menamakan anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz – sebagai ‘individu berkaitan’, selain ahli perniagaan Jho Low, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Riza Aziz adalah pemilik syarikat perfileman yang menerbitkan filem dikategorikan lucah – The Wolf of Wall Street. Media sebelum ini melaporkan dana diperoleh untuk pembiayaan filem itu datangnya dari wang yang diseleweng daripada 1MDB.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan siasatan mereka mendapati kira-kira AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.
Semua harta itu dianggarkan bernilai lebih RM4.04 bilion. Berikut adalah senarai harta yang hendak disita oleh Jabatan Kehakiman AS di Amerika dan United Kingdom:
A: Semua hartanah atas nama L’ermitage dikenali sebagai 9291 Burton Way, Beverly Hill, California, termasuk L’Ermitage Hotel;
B: Semua aset perniagaan L’ermitage, termasuk dana dalam akaun;
C: Hartanah Hillcrest terletak di Beverly Hills;
D: Unit Kondominium di Park Laurel di New York;
E: Jet peribadi – Bombardier dengan nombor pendaftaran N689WM;
F: Unit Penthouse di Time Warner di New York;
G: Oriole Mansion di Los Angeles;
H: Unit Greene Kondominium di New York;
I: Aset EMI – Mana-mana dan semua hak, termasuk hak cipta dan hak harta intelek, dan juga hak untuk mengutip dan menerima apa-apa keuntungan, royalti dan hasil pengedaran yang dimiliki oleh atau terhutang kepada JW Nil (BVI) Ltd, JCL Media (EMI Publishing Ltd) dan/atau Jynwel Capital Ltd, berkaitan EMI Music
Publishing Group North America Holdings, Inc dan D.H. Publishing L.P;
J: Semua aset berkaitan Symphony CP (Park Lane);
K: Penthouse di Walker Tower di New York;
L: Mansion Laurel Beverly Hill;
M: Hartanah milik Hillcrest di Beverly Hill;
N: Lukisan berjudul La maidon de Vincent a Arles oleh Vincent Van Gogh;
O: Lukisan ‘SaintGeorges Majeur’ oleh Claude Monet;
P: Lukisan ‘Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes’ oleh Claude Monet; dan
Q: Townhouse Qentas di London, United Kingdom.
The post 1MDB: Harta yang hendak disita oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan