1MDB: Mahkamah tolak permohonan Tun Dr Mahathir soal balas Najib
KUALA LUMPUR, Rabu – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain untuk memeriksa balas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung afidavit sokongannya dalam saman berkaitan salah laku 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Abu Bakar Jais dalam penghakimannya berkata tidak perlu untuk memeriksa balas Najib pada peringkat ini kerana isu (mengenai pegawai awam) patut diputuskan selepas permohonan Najib untuk membatalkan saman difailkan Dr Mahathir dan dua yang lain, didengar.
“Tiada halangan bagi plaintif (Dr Mahathir) untuk membawa isu ini apabila perkara itu dihujahkan.
“Pemeriksaan balas ke atas defendan (Najib) tidak perlu kerana penegasan yang telah dibuat oleh defendan adalah jelas dalam afidavitnya,” katanya dalam penghakiman yang disampai di dalam kamar.
Dr Mahathir, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin telah memohon untuk memeriksa balas Najib berhubung percanggahan yang terdapat dalam afidavit beliau mengenai isu pegawai awam. – Bernama
The post 1MDB: Mahkamah tolak permohonan Tun Dr Mahathir soal balas Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan