200 individu terima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang

PEKAN 19 APRIL 2016. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) mengurniakan Darjah Kebersaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia peringkat pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum di Balairung Seri Istana Abu Bakar. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Sumber foto: NSTP

PEKAN, Khamis – Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail mendahului senarai 200 penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulang tahun ke-85 keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang disambut pada 24 Okt tahun lepas, di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Abdul Manan yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia antara 10 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat berkenaan disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut menerima SSAP ialah Anggota Parlimen Kuala Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, Pengarah Urusan Bagan Anika Sdn Bhd, Datuk Abu Bakar A Rashid, Pengarah Urusan Jomamas (M) Sdn Bhd, Datuk Wong Choon Leong.

Pengarah Urusan Alam Sama Sdn Bhd, Datuk Cheah Cham Hoi, Datuk Tan Pheng Liang, Anggota Parlimen Tanjung Piai yang juga Pengerusi Malaysian Timber Council, Datuk Wee Jeck Seng, Pengarah LYS Group Sdn Bhd, Lee Yau Sing dan Wong Kok Chor.

Dua individu pula dianugerah Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Jalil Marzuki dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar.

Sementara itu, sebanyak enam individu dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Kanan Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirudin Abd Rahman, Datuk Noorihsan Che Mat, Pakar Jantung Kuantan Medical Centre, Datuk Dr Ooi Hooi Yong, Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Hasagaya Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Dr Jalaluddin Harun dan Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussein.

Seramai 66 individu pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DIMP ialah Pengurus Besar Dr Mohamed Mydin & Rakan-Rakan Sdn Bhd, Datin Seri Sakina Bibi Mohod Ismail, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Sahimi Abdul Rahman, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Mohd Salleh Mat Disa, Pengerusi MCA National Special Task Force On International Issues Dr Toh Kian Kok.

Panglima 4 Briged (Mekanize) Brigadier Jeneral Md Din Abu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman SAC Lim Hong Shuan, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands Zainal Abidin Md Amin, Pengarah Urusan Kolej Yayasan Pahang Nor Hishamuddin Yaacob, Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia Jamilah Mohd Shahid.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Samsuni Mohd Nor, Presiden Gabungan Ketua-Ketua Kampung Malaysia Mohamad Shahaimi Othman, Pegawai Khas Menteri Pertahanan Mohamad Ruslan Ali dan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan Abdullah Jaapar.

Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerahkan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada sembilan penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 25 penerima, Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada sembilan penerima dan Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 34 penerima.

Sementara itu, 11 individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (enam) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (22).- Bernama

The post 200 individu terima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?