260 rakyat Malaysia di Turki dilaporkan selamat
KUALA LUMPUR, Sabtu – Kedutaan Besar Malaysia di Ankara mengesahkan semua 260 rakyat Malaysia di Turki dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah memaklumkan bahawa kedutaan sudah menghubungi semua rakyat Malaysia yang berada di Turki termasuk 180 orang pelajar di sana.
Susulan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Turki boleh menghubungi pihak Kedutaan di Bilik Operasi Wisma Putra di 58, Mahatma Ghandi Caddesi, Gazios Cankaya, Ankara atau talian +(90) 312-4463547 dan +(90) 312-4463548.
The post 260 rakyat Malaysia di Turki dilaporkan selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan