28 terkorban serangan terbaharu di Syria
ALEPPO, Isnin – Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban dalam serangan terbaharu membabitkan rejim Bashar al Assad di bandar Aleppo, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria memaklumkan 11 orang awam termasuk empat kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara di kawasan Bab al-Nasr di Old Aleppo manakala tujuh lagi maut dalam serangan di kawasan perumahan Fardous.
Selain itu, dilaporkan enam terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dan dua wanita dalam serangan di daerah Salhin manakala empat lagi kematian dilapor berlaku di kawasan perumahan lain yang dikuasai kumpulan penentang.
Koresponden AFP di timur Aleppo berkata, helikopter dan jet tentera kerajaan dikatakan mengelilingi kawasan perumahan dikuasai penentang dengan menjatuhkan bom tong dan peluru berpandu di beberapa kawasan.
Seorang Doktor, Mohammad Kheir turut memberitahu sebuah hospital di kawasan perumahan Maadi juga terkena bedilan bom mengakibatkan kecederaan kepada kakitangan dan pesakit.
“Pelbagai jenis senjata digunakan untuk mengebom hospital daripada tengah malam sehingga pukul 1 pagi. Kini ia tidak dapat digunakan lagi,’’ katanya. -Agensi
The post 28 terkorban serangan terbaharu di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan