Ancaman Daesh: Polis pantau rapi bekas tahanan militan

Datuk-Ayub-Khan-Mydin-Pitchay

KUALA LUMPUR, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui pergerakan dan memantau rapi aktiviti bekas tahanan militan di negara ini bagi memastikan mereka tidak terbabit semula dalam kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis percaya terdapat dalam kalangan bekas tahanan militan yang merekrut rakyat negara ini bagi menyertai kumpulan militan.

Beliau berkata, setakat ini, sembilan bekas tahanan militan dikenal pasti menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria.

“Terdapat bekas tahanan militan yang kini berada di Syria dan mereka mempunyai ideologi militan yang sangat tinggi dan sukar dikekang,” katanya kepada Bernama.

Mengenai dakwaan bahawa Filipina dijadikan pusat transit untuk rakyat Malaysia menyertai kumpulan Daesh ke Syria, beliau berkata, tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu.

“Setakat ini, pihak kami tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung anggota Daesh di negara ini yang menjadikan Filipina sebagai transit sebelum berlepas ke Syria,” kata Ayob Khan sambil menambah ketika ini terdapat empat anggota Daesh Malaysia yang bergabung dengan kumpulan Abu Sayaff Group (ASG) di selatan Filipina.

Mengulas lanjut, beliau berkata, menurut statistik, daripada 213 individu yang ditahan terdapat 33 wanita dipercayai terbabit dalam kegiatan militan Daesh di negara ini sejak 2013 sehingga pertengahan tahun ini.

“Rakyat tempatan mencatatkan jumlah tertinggi yang ditahan iaitu 186 orang diikuti dengan Indonesia (15); Iraq, Filipina dan Rusia (2) serta masing-masing seorang warga Arab Saudi, Maghribi, Kosovo, Bangladesh, Turki dan Mesir.

“Jumlah tangkapan individu terlibat kegiatan militan Daesh dilihat semakin meningkat iaitu 82 orang pada 2015 berbanding 59 orang pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati seramai 16 kanak-kanak antara 61 rakyat Malaysia yang masih berada di Syria dan terbabit dalam kegiatan militan Daesh.

The post Ancaman Daesh: Polis pantau rapi bekas tahanan militan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?