Apandi hairan ada pihak kata Malaysia tiada Peguam Negara

p15-1_20151127

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Rabu – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau hairan apabila masih ada pihak yang mengkritiknya dengan menyebut kononnya Malaysia tidak mempunyai Peguam Negara kerana beliau dikatakan tidak bersuara.

Beliau yang kecewa dengan perkara itu berkata, setiap tindakan yang dilakukannya adalah mengikut undang-undang negara.

“Sebagai contoh, apabila Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak memulakan sesuatu prosiding di dalam kes tertentu, maka kami akan menjelaskan sebab kami berbuat demikian. Kami akan menerangkan betapa keputusan kami itu diasaskan sepenuhnya kepada bukti yang ada.

“Inilah yang saya lakukan pada 26 Januari lalu, iaitu dengan mengumumkan bahawa berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan yang ada, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan di dalam tiga kertas siasatan berprofil tinggi yang dikemukakan pada saya,” katanya menulis dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Pada 26 Januari lalu, Apandi mengumumkan bahawa ‘tiada kesalahan jenayah’ telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan wang sejumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) yang dimasukkan dalam akaun peribadinya adalah ‘sumbangan peribadi’ daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Apandi mengumumkan bahawa pejabat beliau telah menutup siasatan terhadap perkara itu dan kes-kes lain di mana nama Najib dibangkitkan sejak Julai tahun lalu, dan telah dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini, ketika mengemukakan writ saman untuk merampas aset milik individu, termasuk milik anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan, Jho Low, mendedahkan berlaku penyelewengan di mana wang 1MDB mengalir ke akaun ‘Malaysian Official 1’.

Dalam tulisan itu, Apandi berkata, masih ada pihak yang sanggup mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau di Dewan Rakyat selain mendesaknya supaya meletakkan jawatan.

“Begitu juga bila saya mengemukakan pertuduhan rasuah di dalam satu kes berprofil tinggi pada 29 Jun lalu, saya dikritik hebat kerana kononnya terlibat di dalam konspirasi mengada-adakan pertuduhan untuk kepentingan politik, walhal ia dibuat penuh professional berasaskan bukti.

“Begitu juga bila Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan tindakan sivil bagi menyita harta tertentu di negara itu, saya terus pada 21 Julai lalu, mengeluarkan kenyataan bagi menekankan bahawa tiada sebarang pertuduhan jenayah dikemukakan ke atas mana-mana individu dalam kes ini,” katanya.

Pada masa sama, Apandi berkata, beliau turut menekankan betapa siasatan di peringkat tempatan mengenai perkara ini masih berjalan dan beliau tidak teragak-agak untuk memulakan prosiding ke atas semua individu yang terlibat dengan perlakuan jenayah sekiranya terdapat bukti yang mencukupi.

The post Apandi hairan ada pihak kata Malaysia tiada Peguam Negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?