Bagaimana wang 1MDB dilencong ke akaun individu dikenali sebagai ‘Malaysian Official 1’

akaun-najib-1

BANGI, Khamis – Antara September dan Oktober 2009, sebanyak AS$700 juta (RM2.827.9 bilion) dilencongkan
dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara penipuan ke akaun Good Star milik ahli perniagaan, Jho Low,
kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Dalam tuntutan saman yang difailkan di Los Angeles semalam bagi menyita aset individu dan syarikat yang ada
kaitan dengan penyelewengan dana syarikat pelaburan Malaysia itu, jabatan berkenaan berkata, AS$330 juta
(RM1.333 bilion) lagi dilencongkan dari 1MDB ke akaun Good Star antara May dan Oktober 2011.

Berdasarkan rekod perbankan JP Morgan Chase, antara Februari dan Jun 2011, kira-kira AS$24.5 juta (RM98.97
juta) daripada dana ini dipindahkan ke satu akaun di Riyad Bank atas nama putera Arab Saudi.

(Riyad Bank adalah salah sebuah institusi kewangan terbesar di Arab Saudi yang mana kerajaan negara itu mempunyai 51 peratus kepentingan)

Menurut dokumen saman itu, daripada jumlah berkenaan, AS$20 juta (RM80.79 juta) kemudian dipindahkan
dalam masa beberapa hari ke akaun milik ‘Malaysian Official 1’.

Maklumat daripada rekod bank koresponden JP Morgan menunjukkan dua pemindahan dana dari akaun Good Star kepada akaun pengasas bersama PetroSaudi di Riyad Bank iaitu kira-kira AS12.5 juta (RM50.50 juta) pada atau ketika 18 Februari 2011 dan kedua lebih kurang AS$12 juta (RM48.48 juta) pada atau ketika 10 Jun 2011.

Rekod bank koresponden dari JP Morgan Chase dan Wells Fargo menunjukkan pada hari selepas pemindahan wang dari akaun Good Star ke akaun pengasas bersama PSI dan terus ke satu akaun di AmBank, yang mana penerima manfaatnya disenaraikan sebagai “AMPRIVATE BANKINGMR” (“AMPRIVATE BANKING-MR Account”)

Lebih khusus, akaun AMPRIVATE BANKING-MR menerima lebih kurang AS$10 juta (RM40.40 juta) pada atau 23 Februari 2011, yang secara kasarnya lima hari selepas pengasas bersama PetroSaudi menerima AS12.5 juta (RM50.50 juta) dari akaun Good Star.

Kemudian akaun AMPRIVATE BANKING-MR menerima lagi AS$10 juta (RM40.40 juta) pada atau 12 Jun 2011, secara kasarnya tiga hari selepas pengasas bersama PetroSaudi menerima AS$12 juta (RM48.48 juta) dari Good Star.

Jabatan Kehakiman mendakwa berdasarkan maklumat, mereka percaya Malaysian Official 1 adalah penerima manfaat utama akaun AMPRIVATE BANKING-MR.

AMPRIVATE BANKING-MR juga adalah akaun sama yang kemudian menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira AS$681 juta (RM2,751.07 bilion) pada Mac 2013.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyatakan bahawa Peguam Negara Malaysia pada 26 Januari lalu mengumumkan bahawa akaun peribadi yang menerima bayaran AS$681 juta (RM2,751.07 bilion) adalah milik Malaysian Official 1.

Peguam Negara Malaysia secara terbuka menyatakan beliau menjalankan siasatan ke atas wang berjumlah AS$681 juta itu.

Ketika sidang media pada 26 Januari 2016, Peguam Negara mengesahkan bahawa “sejumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) dimasukkan ke akaun Malaysian Official 1” antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 dan pada Ogos 2013 sebanyak USD20 juta (RM2.03 bilion) dikembalikan oleh Malaysian Official 1.

Peguam Negara Malaysia mengkategorikan bayaran itu sebagai “sumbangan peribadi kepada Malaysian Official 1 dari keluarga diraja Arab Saudi tanpa meminta apa-apa balasan.”

Walaupun, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak menyebut secara langsung nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi berdasarkan maklumat di dalam dokumen yang dikeluarkan ketika memfailkan saman itu, ‘Malaysian Official 1’ adalah merujuk kepada Najib.

Lagipun, sidang media Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari lalu adalah merujuk kepada wang yang masuk ke akaun peribadi Najib yang menimbulkan kontroversi.

The post Bagaimana wang 1MDB dilencong ke akaun individu dikenali sebagai ‘Malaysian Official 1’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?