Bangladesh haramkan saluran TV Dr Zakir Naik

zakirnaik-1468144509

DHAKA, Isnin – Kerajaan Bangladesh semalam mengharamkan saluran televisyen Peace TV yang dikendalikan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Tindakan itu diambil selepas laporan menyatakan ceramah pendakwah terkemuka itu mempengaruhi beberapa militan yang melancarkan serangan pengganas paling buruk di kafe mewah di ibu kota negara itu.

Menteri Perindustrian, AAmir Hossain Amu berkata, keputusan mengharamkan Peace TV Bangla dibuat ketika mesyuarat khas Jawatankuasa Kabinet mengenai Undang-Undang dan Arahan.

Katanya pada mesyuarat yang dihadiri menteri kanan dan pegawai atasan keselamatan, turut memutuskan untuk memantau khutbah Jumaat untuk memeriksa sama ada ucapan provokatif disampaikan.

Ucapan Dr Zakir dipercayai mempengaruhi beberapa militan Bangladesh, yang membunuh 22 orang, terutama warga asing, di restoran mewah di Dhaka pada 1 Julai lalu.

Bagaiamanapun Dr Zakir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan memuat naik video mengutuk keganasan militan IS.

Katanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh mewajarkan pembunuhan orang tidak bersalah sebagai ajaran Islam. – Agensi

The post Bangladesh haramkan saluran TV Dr Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?