Banjir di Yan: 166 mangsa dipindahkan ke empat pusat pemindahan

13754533_1231522250221401_1104103785175659957_n

YAN, Selasa – Empat buah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi bagi menempatkan 166 mangsa daripada 42 keluarga di empat buah kampung di sini yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Yan, setakat pukul 2 pagi tadi, pusat pemindahan yang beroperasi termasuk Surau Teroi Bukit, Masjid Titi Teras, dan Surau Nurul Huda di Guar Chempedak serta Surau Kampung Lubuk Boi di pekan Yan.

Beliau memberitahu Bernama hari ini, pusat pemindahan di Surau Teroi Bukit dibuka sejak pukul 9.30 malam dan menempatkan 100 mangsa daripada 25 keluarga, manakala di Masjid Titi Teras pula mula dibuka pada pukul 10 malam yang menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

“Di Surau Nurul Huda Batu 18 1/2, pusat pemindahan beroperasi sejak pukul 9 malam yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga, manakala Surau Kampung Lubuk Boi yang dibuka pada pukul 10 malam, menempatkan 18 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya. – Bernama

The post Banjir di Yan: 166 mangsa dipindahkan ke empat pusat pemindahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?