Bank Switzerland kesan transaksi mencurigakan kewangan 1MDB
BANGI, Jumaat – Kumpulan Perbankan Switzerland – UBS Group – mengeluarkan amaran kepada Pihak Berkuasa Monetari Singapura, selepas mengesan transaksi mencurigakan berkaitan syarikat pelaburan Malaysia yang menanggung beban hutang RM50 bilion, 1Malaysia Development Berhad, lapor Bloomberg.
“Transaksi itu tidak diiktiraf segera oleh UBS sebagai mencurigakan,” lapor media kewangan itu memetik kenyataan seorang individu yang enggan dikenali.
Laporan itu juga memetik Sarawak Report yang mengenal pasti UBS menguruskan akaun Aabar Limited berdaftar di British Virgin Island, yang kini disahkan bukan anak syarikat International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – Aabar Investments PJS
Laporan Sarawak Report menyatakan sekurang-kurangnya AS$1.24 bilion dipindahkan dari akaun anak syarikat 1MDB, BSI SA di Lugano, Switzerland, kepada Aabar Limited.
Bulan lalu, IPIC – syarikat pelaburan Abu Dhabi – dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS mengemukakan Permintaan Timbang Tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London menuntut 1MDB membayar RM26.5 bilion.
Menurut kenyataan IPIC GMTN Limited kepada Bursa Saham London, RFA membabitkan kegagalan 1MDB dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOF Inc) untuk melaksanakan obligasi kontrak mereka di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS).
Kegagalan 1MDB dan MOF Inc untuk melaksanakan kewajipan mereka, menyelesaikan keingkaran mereka atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima menyebabkan IPIC berada pada kedudukan yang ia perlu meneruskan tuntutannya melalui timbang tara.
Bloomberg bagaimanapun berkata, jurucakap UBS enggan memberi ulasan mengenai pemindahan wang 1MDB.
Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB pula kini diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh didedahkan kepada umum.
The post Bank Switzerland kesan transaksi mencurigakan kewangan 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan