Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar selepas solat Jumaat
SHAH ALAM, Jumaat – Jemaah yang baru selesai menunaikan solat Jumaat dikejutkan dengan insiden kebakaran di sebuah bilik kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sebentar tadi.
Penolong Penguat Kuasa Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan pada jam 2.21 petang tadi.
Sementara itu, akaun Twitter Jabatan Bomba, @bombaJBPM memaklumkan kebakaran itu mengakibatkan tingkat bawahnya 100 peratus terbakar.
“Seramai 18 anggota dari Balai Bomba Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.47 petang tadi, sehingga kini punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan” katanya
Beliau turut memberitahu bahawa tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu.
The post Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar selepas solat Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan