BR1M akan dinaiktaraf, tampil dengan program latihan
BANGI, Rabu – Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sahaja dalam bentuk tunai tetapi ia bakal dinaik taraf dengan menumpukan kepada usaha meningkatkan taraf hidup penerima bantuan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, usaha naik taraf itu termasuk penubuhan program latihan untuk meningkatkan keupayaan pendapatan penerima bantuan.
“Menerusi program latihan ini, penerima akan diberi pendedahan untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan membantu meningkatkan taraf ekonomi,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Katanya, kerajaan tidak hanya menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat bagi meringankan beban mereka tetapi rancangan ini juga adalah bertujuan melaksanakan inisiatif meningkatkan taraf hidup penerima bantuan.
Irwan berkata, langkah itu masih berada dalam peringkat perancangan, dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Program BR1M telah diwujudkan pada tahun 2012, di mana bantuan wang tunai diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah.
The post BR1M akan dinaiktaraf, tampil dengan program latihan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan