Buat kajian menyeluruh tangani pengaruh IS di kalangan pelajar, mahasiswa

militan (1)

KUALA LUMPUR, Rabu – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan kajian menyeluruh bagi melihat kesan ideologi militan IS terhadap warga sekolah termasuk pelajar, guru dan kakitangan.

Presidennya, Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, kajian itu perlu bagi bagi memperkasa usaha kementerian dan pihak berkuasa membanteras ideologi militan.

“Kami nyatakan sikap dan pendirian kami untuk terus membantah sebarang unsur terorisme khususnya melibatkan pelajar dan mahasiswa di negara ini.

“Kami juga mewakili suara pelajar dan mahasiswa Islam Malaysia menyatakan sokongan padu atas tindakan KPM menyeru warga pendidik dan pelajar sekolah supaya berwaspada dengan kegiatan golongan “sel senyap” (sleeping cells) yang cuba mempromosi dan menyebarkan ideologi militan secara halus dan senyap melalui media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam masa yang sama, Fazril menyifatkan penyebaran ideologi itu sebagai suatu jenayah siber dan salah laku etika sosial selain menegaskan isu IS tidak boleh lagi dipandang ringan.

“Kami tidak mahu ancaman ini membarah dalam kalangan pelajar sekiranya tidak diambil tindakan pencegahan yang proaktif.

“Pihak kami sedia dipanggil untuk tmembantu dan bekerjasama dalam membanteras fahaman militanisme dan keganasan di kalangan pelajar dan mahasiswa,” katanya lagi.

The post Buat kajian menyeluruh tangani pengaruh IS di kalangan pelajar, mahasiswa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?