CEO Malaysia Airlines baharu yakin syarikat bakal catat untung menjelang 2018

Peter Bellew

PUTRAJAYA, Jumaat – Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd diyakini akan mencatatkan keuntungan menjelang 2018, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Peter Bellew.

Peter berkata, beliau turut menyasarkan syarikat itu untuk disenaraikan semula di bursa saham tempatan pada Mac 2019.

Bagaimanapun, rancangan penyenaraian semula itu akan bergantung kepada keadaan pasaran.

“Kami mempunyai banyak perkara yang akan dilaksanakan dalam beberapa tahun ini bagi memastikan matlamat dicapai untuk pulang modal menjelang 2018.

“Pelan perniagaan syarikat akan kekal sama seperti yang ditetapkan sebelum ini dan kami tidak bercadang untuk mengurangkan lagi jumlah pekerja buat masa ini,” katanya pada sidang media selepas memeterai janji niaga dengan Boeing untuk membeli 50 pesawat Boeing 737 MAX di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, hanya sedikit perubahan akan dibuat syarikat penerbangan itu dalam beberapa bulan akan datang membabitkan aspek pemasaran dan jualan.

“Dalam tempoh enam bulan akan datang, kami akan mempertingkatkan usaha jualan dan pemasaran dengan promosi harga tambang secara agresif berbanding sebelum ini.

“Sempena sambutan ulang tahun Boeing ke-100, kami menawarkan tambang yang murah bagi hampir 100,000 tempat duduk pesawat Boeing.

“Kami turut menawarkan jualan murah bagi laluan London yang memperlihatkan tempahan bagi laluan itu meningkat 400 peratus dalam tempoh beberapa hari,” katanya.

The post CEO Malaysia Airlines baharu yakin syarikat bakal catat untung menjelang 2018 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?