DAP batal hasrat PRN mengejut di Pulau Pinang

Lim-Guan-Eng

PULAU PINANG, Ahad – Kerajaan parti cauvinis DAP Pulau Pinang memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut di negeri itu.

Keputusan berkenaan diambil setelah PKR menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan PRN selepas beberapa pertemuan dengan parti rasis itu sebelum ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam memaklumkan keputusan pucuk pimpinan parti itu.

“Selepas makluman daripada beliau, saya mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin negeri dan juga nasional dan mereka setuju DAP tidak akan meneruskan cadangan tersebut

“Mereka menyatakan kebimbangan akan kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP sekiranya PRN diadakan,”katanya.

Baru-baru ini Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy ada mengatakan DAP telah menyenaraikan dua pilihan sebagai respons terhadap dua tuduhan rasuah yang dihadapi Lim.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat di negeri itu terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Lim dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan sebelum Ogos 2018.

The post DAP batal hasrat PRN mengejut di Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?