DBKL tawar kadar khas kompaun trafik bermula 6 ogos

dbkl 1

KUALA LUMPUR, Selasa – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik sempena kempen ‘Membayar Tunggakan Hasil DBKL’ di 32 lokasi seluruh ibu negara bermula 6 hingga 20 Ogos ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, tahun lepas sebanyak 1.2 juta kompaun tertunggak bernilai RM1.4 juta direkod melibatkan kesalahan trafik.

Jadi katanya, kali ini DBKL adakan kadar khas ini supaya warga kota boleh melunaskan hutang masing-masing.

“Untuk pesalah trafik motosikal yang mempunyai tunggakan kompaun, mereka hanya perlu membayar RM20.

“Untuk kenderaan pelbagai guna (MPV), van, lori kecil, pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pesalah hanya perlu membayar RM30 manakala RM100 bagi kenderaan berat,” katanya.

Kaunter untuk pembayaran kompaun ini dibuka dari 9 pagi hingga 2 petang dan senarai lokasi boleh didapati di laman web DBKL www.dbkl.gov.my.

The post DBKL tawar kadar khas kompaun trafik bermula 6 ogos appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?