Dua lelaki mengaku bersalah letup bom tangan di kelab malam Puchong

PETALING JAYA 25 JULY 2016. Dua lelaki Imam Wahyuddin Karjono, 21 (kiri) dan Jonius Ondie @Jahali, 24 (dua dari kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan mengebom pusat hiburan Movida di Puchong, bulan lalu yang menyebabkan lapan cedera dalam kejadian letupan itu. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Sumber foto: NSTP

KUALA LUMPUR, Isnin – Dua lelaki mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sembilan tuduhan memiliki dan membaling serta meletupkan bom tangan sehingga menyebabkan lapan mangsa cedera di sebuah kelab malam  di Puchong, Jun lalu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Movida Boulevard Sdn Bhd, Lot G2 & G3, tingkat bawah IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong.

Penganggur, Imam Wahyudin Karjono, 21 dan pekerja kilang, Jonius Ondie Jahali, 24, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap mereka di depan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun.

Mahkamah menetapkan 21 September ini untuk menjatuhkan hukuman.

Manakala, di Mahkamah Majistret pula, Imam Wahyudin dan Jonius dituduh melakukan perbuatan pengganas dengan membaling dan meletupkan bom tangan serta menyebabkan lapan individu itu cedera di tempat dan masa yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130C(1)(b) kanun sama yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Majistret Mohd Zaki Ashraf Zubir menetapkan 26 September ini untuk sebutan semula kes.

Letupan yang dipercayai berpunca daripada bom tangan itu berlaku kira-kira jam 2.15 pagi ketika pengunjung premis hiburan berkenaan sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2016 menyebabkan empat lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga China cedera.

The post Dua lelaki mengaku bersalah letup bom tangan di kelab malam Puchong appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?