Enam lagi positif difteria di Negeri Sembilan

image (12)

SEREMBAN, Khamis – Enam lagi pesakit di Negeri Sembilan didapati positif difteria termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan 12 tahun.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Abdul Rahim Abdullah berkata, empat pesakit merupakan anak kepada pesakit kes pertama iaitu seorang suri rumah berusia 41 tahun dari Kg. Durian Daun, Rembau.

“Anak pesakit yang berusia 15 tahun dimasukkan ke Wad Isolasi Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Isnin lepas, manakala tiga lagi yang berusia lapan, 12 dan 21 tahun dimasukkan ke Wad Isolasi HTJ semalam.

“Dua lagi yang positif difteria merupakan staf Klinik Kesihatan Rembau yang merawat pesakit sebelum ini,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang kakitangan wanita berusia 50 tahun dimasukkan ke Hospital Tampin pagi tadi dan seorang lagi kakitangan lelaki berusia 28 tahun dikuarantin di rumahnya.

Dr. Abdul Rahim berkata kesemua tujuh pesakit berkenaan dalam keadaan stabil.
“Hasil pemantauan dan pemeriksaan ke atas ahli keluarga pesakit yang lain dan penduduk setempat, mendapati mereka tidak menunjukkan tanda-tanda difteria.

“Bagaimanapun, pemantauan masih berterusan kerana virus difteria mudah merebak terutamanya melalui titisan udara, batuk dan perkongsian alatan yang sama,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan difteria seperti pernah berhubung dengan pesakit, demam, suara serak, sakit tekak dan bengkak dalam kerongkong.

“Jumpa doktor dengan segera kerana rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan dapat mengawal penyakit ini daripada merebak meluas.

“Kebimbangan kita ialah kanak-kanak dan bayi yang belum lengkap imunisasi kerana mereka kurang ketahanan antibodi untuk melawan penyakit ini,” katanya. – Bernama

The post Enam lagi positif difteria di Negeri Sembilan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?