Erdogan ampun kumpulan terbabit cubaan rampasan kuasa

erdogann

ANKARA, Ahad – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam, menggugurkan semua tuduhan dan memberi pengampunan kepada kumpulan yang ditangkap kerana didakwa terbabit dalam cubaan rampasan kuasa yang digagalkan 15 Julai lalu.

Menyifatkan cubaan menggulingkan kerajaan sebagai peristiwa penting dalam sejarah Turki, beliau bagaimanapun menegaskan bahawa negara itu tidak berkompromi terhadap undang-undang sedia ada.

“Sebagai peristiwa penting, saya dengan ini menarik balik semua tuduhan yang dikenakan kerana menghina saya dan mengampunkan semua tertuduh,” katanya pada majlis memperingati mereka yang terbunuh ketika menggagalkan rampasan kuasa itu di sini.

Dalam tindakan selepas cubaan rampasan kuasa itu digagalkan, beribu-ribu anggota tentera, hakim, pendakwa raya dan penjawat awam ditangkap.

Katanya, ketika proses rampasan kuasa itu berlaku, kerajaan tidak mengetepikan undang-undang dan mengambil langkah serta tindakan yang tidak membelakangkan Perlembagaan Negara.

“Jika kita tidak mengambil kesempatan menjadikan kejadian itu sebagai peristiwa penting, saya percaya rakyat Turki terus mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

Erdogan berkata, perubahan yang dilakukan berikutan cubaan rampasan kuasa itu, termasuk membabitkan institusi negara seperti Parlimen, Majlis Keselamatan Negara, Kabinet dan kementerian adalah selaras dengan undang-undang Turki.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan angka rasmi yang terbunuh dan cedera dalam cubaan rampasan kuasa berkenaan.

“Pada malam 15 Julai, sejumlah 237 orang, termasuk 170 orang awam, 62 anggota polis dan lima askar ter bunuh. Sehingga hari ini, 2,191 yang lain cedera.

“Kita mempunyai kewajipan untuk menegakkan keadilan. Kenapa semua orang berkata ‘hukuman mati!, hukuman mati! hukuman mati’. Bagaimanapun, ini adalah demokrasi, Perlembagaan yang ditadbir di bawah sistem Parlimen,” katanya.

Beliau turut mengkritik beberapa negara yang gagal memberi ucapan simpati kepada kerajaan berikutan cubaan rampasan kuasa itu.

“Negara-negara yang tidak bimbang mengenai masa depan Turki bukan rakan kami,” katanya. – Agensi

The post Erdogan ampun kumpulan terbabit cubaan rampasan kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?