Erti jihad, sistem pemerintahan Islam sebenar perlu diperkasakan

Iraqi fighters from the Saraya al-Salam (Peace Brigades), a group formed by Iraqi Shiite Muslim cleric Moqtada al-Sadr, wave their weapons as they leave the holy city of Najaf in a convoy with Iraqi government forces to head to the northern Iraqi city of Tikrit to continue the offensive against Islamic State (IS) group jihadists to retake to city on March 20, 2015. The offensive to push back IS militants from Tikrit began on March 2, and Iraqi forces have only recently reached the city limits where they have been stalled by bombs and entrenched fighters. AFP PHOTO / HAIDAR HAMDANI (Photo credit should read HAIDAR HAMDANI/AFP/Getty Images)

KUALA LUMPUR, Khamis – Felo Kehormat Kanan, Universiti Islam Malaysia (UIM), Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, kerajaan perlu memperkasakan kefahaman berhubung erti jihad dan sistem pemerintahan Islam di Negara ini.

Ia susulan penularan ancaman kumpulan militan Daesh dalam kalangan rakyat khususnya di peringkat kanak-kanak dan remaja.

Beliau berkata, langkah mencerakin ilmu tentang maksud sebenar kedua-dua perkara itu dapat membendung salah faham yang timbul daripada tafsiran oleh pihak-pihak berkepentingan sekaligus dapat mengekang penularan ancaman salah ini.

“Antara umpan yang digunakan untuk menarik sokongan ialah tentang pewujudan sistem pemerintahan khalifah seperti di zaman sahabat Rasulullah.

“Sebenarnya tidak ada pemerintah khalifah dalam konteks sunnah melainkan 30 tahun selepas Nabi Muhammad wafat.

“Umpan ini dicipta oleh musuh Islam sebab apabila ada khalifah bermakna satu pemerintahan untuk seluruh umat Islam.

“Ertinya, umat Islam akan memberontak terhadap setiap pemerintah di negara mereka berada,” katanya pada Sidang Khas Ancaman Daesh (IS) Bertapak di Malaysia anjuran Majlis Perundingan Melayu dan Kumpulan Utusan di sini, hari ini.

Selain itu, Wan Zahidi berkata, makna jihad pula telah banyak dipesongkan demi menarik sokongan umat Islam terhadap kumpulan militan tersebut.

“Ulama menegaskan jihad hanya boleh dilakukan melalui pemerintah yang sah. Maknanya, jihad itu bersama pemerintah sah, sebab hanya pemerintah yang tahu hendak memutuskan bila hendak berperang dan sebagainya.

“Tidak boleh sesebuah kumpulan mengisytiharkan jihad, maka itu dinamakan jihad. Selain itu jika hendak berjihad perlu mendapat keizinan ibu bapa,” katanya.

The post Erti jihad, sistem pemerintahan Islam sebenar perlu diperkasakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?