FAM sedia jumpa TMJ isu pemacu pena

fam logoPETALING JAYA, Selasa – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia menghubungi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan dakwaan penyelewengan dalam persatuan itu.

“Saya akan cuba hubungi TMJ selepas ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di sini semalam.

Pada masa sama, Hamidin berkata setiap individu berhak membuat laporan terhadap dakwaan berlakunya penyelewengan dalam persatuan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sehingga 30 tahun.

Katanya pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur. – Bernama

BERITA BERKAITAN:

TMJ ada ‘pendrive’ maklumat aktiviti FAM, ketirisan penjualan tiket

The post FAM sedia jumpa TMJ isu pemacu pena appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?