Fethullah Gulen gesa AS tolak permohonan ekstradisi Turki

2016-07-17-Gullen

PENNSYLVANIA, Rabu – Ulama Turki yang kini dalam buangan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen menggesa Washington menolak usaha Turki untuk mengekstradisinya.

Gulen turut menyifatkan tuduhan bahawa beliau terbabit dalam cubaan rampasan kuasa di Turki Jumaat lalu sebagai “tidak masuk akal”.

Malah, Gulen berkata, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sekali lagi menunjukkan bahawa beliau akan berbuat apa saja yang perlu untuk mengukuhkan kuasa dan menganiaya pengkritiknya.

“Saya menggesa kerajaan Amerika Syarikat untuk menolak sebarang usaha untuk menyalahgunakan proses ekstradisi bagi menjalankan dendam politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim berkata, kerajaan beliau telah menghantar empat fail ke Amerika Syarikat dalam usaha untuk mengekstradisi Gulen yang dilabelnya sebagai pengkhianat.

Gulen, yang telah menetap dalam buangan di Amerika Syarikat sejak 1999, menafikan sebarang penglibatannya.

Beliau pernah menjadi sekutu rapat Erdogan tetapi beralih arah beberapa tahun kebelakangan ini berikutan rasa curiga Erdogan terhadap gerakan Gulen, Hizmet, dan kehadiran pengaruh kuatnya dalam masyarakat Turki, termasuk media, polis dan badan kehakiman. – Agensi

The post Fethullah Gulen gesa AS tolak permohonan ekstradisi Turki appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?