Guan Eng nafi rancang bubar DUN untuk elak tuduhan rasuah

guan_eng25_c_c828450_13912__001

GEORGE TOWN, Jumaat – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menafikan rancangan parti rasis dan cauvinis, DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan pilihan raya awal di negeri itu adalah kerana ingin menyelamatkan dirinya daripada dakwaan rasuah.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, dakwaan terhadapnya akan tetap dibicarakan walaupun DAP dan Pakatan Harapan menang pilihan raya negeri itu.

“Mereka pun sudah memutuskan untuk memenjarakan saya.

“Tetapi jika Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh terus berkhidmat sebagai kerajaan rakyat, walaupun saya ke penjara.

“Dengan kata lain, Pilihanraya Negeri ini ialah untuk membolehkan rakyat memutuskan jika mereka mahukan Kerajaan Negeri DAP-Pakatan Harapan di Pulau Pinang, dengan sepenuh kredibiliti, autoriti dan keabsahan, tidak kiralah apa pun terjadi kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan kekesalannya yang rancangan mahu mengadakan pilihan raya dibocorkan kepada media oleh beberapa pemimpin pembangkang yang tidak dinamakannya.

“Saya telah menyampaikan kepada ketiga-tiga pemimpin PKR semalam, tentang rasa tidak senang parti terhadap kebocoran dari sumber dalaman ini, yang sengaja dilakukan oleh pemimpin Pakatan tersebut untuk memburukkan DAP,” katanya.

Rancangan pilihan raya mengejut itu dikatakan tidak dipersetujui sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR dan PAN.

Manakala, beberapa pemimpin UMNO dan PAS pula mendakwa ia merupakan usaha terdesak Guan Eng menyelamatkan dirinya sebelum perbicaraan rasuah September ini.

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan salah guna kuasa.

Dia dituduh menggunakan kuasa ketua menteri dalam pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 Derah Barat daya kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd dan mendapatkan balasan dalam bentuk rumah banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn yang dijual kepadanya di bawah harga pasaran.

The post Guan Eng nafi rancang bubar DUN untuk elak tuduhan rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?