Harga parkir KL tak pernah naik selama 40 tahun: Datuk Bandar

m_3park

KUALA LUMPUR, Selasa – Pelaksanaan kenaikan harga parkir di daerah pusat perniagaan (CBD) sekitar ibu kota adalah wajar memandangkan ia tidak pernah dinaikkan selama 40 tahun, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

“RM0.80 kepada RM2 tidaklah besar (kenaikannya), sepatutnya RM5, itupun kita antara yang paling rendah bayarannya berdasarkan tinjauan kami. Jika dibandingkan dengan negara lain, kadarnya sama dengan Bangladesh dan Myanmar, sebab yang lain lebih tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mhd Amin menegaskan pelaksanaan itu perlu dilakukan memandangkan isu kesesakan lalu lintas semakin buruk berikutan jumlah kenderaan persendirian yang masuk ke pusat bandar melebihi tempat letak kenderaan yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kira-kira 3.5 juta kenderaan persendirian masuk ke pusat bandar setiap hari tapi hanya 45,000 tempat letak kenderaan yang ada.

“Kebanyakan orang guna parkir itu dari pagi hingga ke petang jadi tidak memberi peluang kepada orang lain… tempoh dua jam ditetapkan untuk mencegah orang sebegini yang menyebabkan kesesakan,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi orang awam tentang kesesuaian masa melaksanakan sistem itu berikutan sistem pengangkutan awam masih dalam proses penambahbaikan Mhd Amin berkata:

“Kami tidak boleh kawal, menurut dasar yang ditetapkan, pengangkutan awam ialah di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Parking dikawal oleh pihak berkuasa tempatan dan akan ditangani dengan baik.

“Keputusan telah pun dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tenku Adnan Tengku Mansor) dan saya telah pun melaporkan perkara ini kepada beliau dan sekarang sedang berjumpa dengan semua anggota Parlimen Kuala Lumpur,” katanya.

Semalam, DBKL melaksanakan kenaikan harga parkir sehingga 150 peratus di daerah CBD termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. – Bernama

 

The post Harga parkir KL tak pernah naik selama 40 tahun: Datuk Bandar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?