Harga Perodua Bezza bermula RM37,300

Perodua Sedan Bezza

RAWANG, Sabtu – Perodua Bezza, kereta sedan sulung keluaran Perodua Otomobil Kedua Sdn Bhd akan dijual pada harga antara RM37,300 hingga RM50,800.

Presiden dan Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Bezza disasarkan untuk mereka yang berhasrat menukar kereta khususnya pasangan yang baharu berkahwin dan muda.

Katanya, Bezza dihasilkan dengan lima varian dengan Standard 1.0L transmisi manual berharga RM37,300; 1.0L Automatik (RM39,300); 1.3L Premium X Manual (RM42,800); 1.3L Premium Automatik (RM44,800) dan 1.3L Advance (RM50,800).

“Berdasarkan harga mampu milik dengan kualiti global, kami yakin sedan baharu ini akan mendapat sambutan baik daripada pembeli,” katanya.

Tempahan untuk Bezza dibuka mulai hari ini dan dijadual dilancarkan pada 21 Julai ini.

The post Harga Perodua Bezza bermula RM37,300 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?