Hujan lebat: 87 terkorban, ribuan penduduk di China dipindahkan
HEBEI (China), Sabtu – Hujan lebat yang berlaku di China telah menyebabkan sekurang-kurangnya 87 orang terbunuh dan memaksa ribuan penduduk berpindah daripada kediaman mereka, lapor media kerajaan.
Cuaca buruk itu menyebabkan banjir dan kejadian tanah runtuh di wilayah utara Hebei sehingga menyebabkan 72 terbunuh manakala 78 orang lagi masih hilang.
Menurut laporan itu, hampir 50,000 rumah di kawasan terbabit telah musnah.
Sementara di wilayah Henan, 15 orang terbunuh dan lapan lagi hilang selepas ribut petir dan angin kencang berlaku di kawasan tersebut.
Kejadian itu menyebabkan 72,000 penduduk terpaksa berpindah dan 18,000 rumah mereka musnah teruk.
Bencana buruk yang melanda negara itu telah menjejaskan kira-kira 8.6 juta penduduknya.
Jumaat lalu, Bank Pusat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menyediakan bantuan kewangan bagi mangsa dan kawasan terlibat bencana.- Agensi
The post Hujan lebat: 87 terkorban, ribuan penduduk di China dipindahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan