Husni letak jawatan mahu dalami agama di Jordan

IPOH, 16 Mei -- Menteri Kewangan ll Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada sidang media di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA IPOH, May 16 -- Finance Minister II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah at a media conference here today. --fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED

IPOH, Jumaat – Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu pengundurannya dalam Kabinet dan semua jawatan dalam parti UMNO adalah kerana mahu mendalami ilmu agama.

Jawapannya itu sekaligus merungkai persoalan semua pihak yang tertanya-tanya sebab perletakan jawatan beliau minggu lalu.

Katanya, beliau merancang untuk mendalami pengajian agama, justeru beliau kekal dengan keputusannya untuk berundur daripada semua jawatan.

Husni berkata, sudah menjadi impian beliau untuk belajar agama di Jordan dan kali ini menjadi kesempatan buatnya untuk merealisasikannya.

“Saya tengah merancang ke negara itu selama tiga bulan untuk belajar bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan. Semoga berjaya,” katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.

Menerusi Shamsul Zairil yang juga setiausaha politiknya, Ahmad Husni turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

The post Husni letak jawatan mahu dalami agama di Jordan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian