India mahu Malaysia ketuai dunia perangi keganasan: TPM

Minister of Defence YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

NEW DELHI, Rabu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata India mahu Malaysia berada di barisan hadapan dalam menangani ancaman keganasan dan radikal kumpulan militan Daesh di peringkat global.

Beliau berkata, ini dinyatakan dalam pertemuan tertutup antara beliau dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di residensi rasmi Modi di sini, semalam.

“India mengiktiraf kejayaan Malaysia menerusi konsep kesederhanaan yang diinisiatifkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memerangi keganasan seperti yang diamalkan di Malaysia.

“Malah India mahu Malaysia mengemukan polisi dan kaedah ini bukan sahaja di wilayah ASEAN tetapi juga semasa Sidang Kemuncak ASEAN dengan rakan dialog ASEAN dan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Bercakap kepada media Malaysia selepas pertemuan 45 minit dengan Modi, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, India turut memuji langkah proaktif dan serius yang diambil Malaysia dalam menangani ancaman keganasan. – Bernama

The post India mahu Malaysia ketuai dunia perangi keganasan: TPM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?