IS isytihar perang selepas kes Puchong

IMG-20160504-WA0023
SHAH ALAM, Selasa – Pengarah, Institut Jenayah & Kriminologi, Universiti HELP, Datuk Akhbar Satar mendakwa kumpulan militan IS telah mengisytiharkan perang secara rasmi terhadap Malaysia apabila melancarkan serangan pertama di Puchong pada 28 Jun lalu.

“Bagi pasukan keselamatan dan perisikan, serangan ini mengejutkan. Pilihan sasaran tidak jelas di pusat bandar atau tempat tumpuan awam yang dilawati pelancong asing dan tiada siapa dapat membayangkan.

“Ini menunjukkan bahawa penyokong IS, orang yang bersimpati dengan IS dan pengganas sudah dapat membaca serta menuruni lokasi sasaran serangan dengan baik,” katanya lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut beliau berkata, serangan yang dilakukan sekaligus telah mengubah landskap keselamatan negara dengan ancaman IS.

Katanya, sebelum ini lazimnya kes ini berlaku di luar negara, kini berlaku di negara ini dan tiada siapa menjangka serangan itu dilakukan ketika umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.

Datuk Akhbar berkata, serangan di Kelab Malam Movida, Puchong itu merupakan sasaran mudah, kerana ia adalah percubaan pertama, kurang risiko dan kurang usaha bagi pengganas daripada menyasarkan tempat-tempat berkeselamatan tinggi seperti KLCC, Bukit Bintang atau Putrajaya.

“Insiden di Puchong merupakan serangan yang berjaya oleh kumpulan IS. Namun kerja-kerja baik daripada polis Cawangan Khas (Bahagian Anti-Keganasan E8) juga perlu dipuji.

“Selepas serangan itu, mereka dapat mengenal pasti suspek dengan maklumat lanjut. Ini mencerminkan dedikasi, komitmen dan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu itu,” katanya.

The post IS isytihar perang selepas kes Puchong appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?