IS konon perjuangkan Islam, hakikatnya tidak faham Islam sebenar
PASIR PUTEH, Jumaat – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar dan tidak terlalu taasub atau menyalah tafsir pengertian jihad seperti dilakukan militan IS.
Jelasnya, Islam mengharamkan umatnya melakukan pembunuhan atau pertumpahan darah sesuka hati.
“Mana mungkin Islam membenarkan umatnya membunuh sewenang-wenangnya atau menghalalkan segala-galanya seperti dilakukan militan IS.
“IS adalah kumpulan kononnya berjuang menegakkan Islam yang menghalalkan segala-galanya tetapi hakikatnya mereka tidak memahami Islam sebenar,” katanya pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam RTM anjuran Bank Muamalat, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Yayasan Dahwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh, di sini, malam tadi.
Terdahulu, dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Isnin atas sembilan pertuduhan berkaitan memiliki dan membaling bom tangan hingga mencederakan lapan mangsa di pusat hiburan Movida Puchong, 28 Jun lalu.
Imam Wahyuddin, 20 tahun dan Junius Ondie @Jahali, 24 tahun dituduh mengikut seksyen 307(1) kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun.
Ia merupakan kejadian serangan bom pertama di Malaysia yang membabitkan anggota kumpulan militan IS.
The post IS konon perjuangkan Islam, hakikatnya tidak faham Islam sebenar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan