Israel robohkan 168 rumah rakyat Palestin sepanjang pertengahan 2016

4168562197

TEBING BARAT, Jumaat – Pihak berkuasa Israel telah memusnahkan 168 buah kediaman rakyat Palestin di Tebing Barat sepanjang tempoh pertengahan tahun 2016, kata Kumpulan Hak Asasi Israel, B’Tselem.

Tindakan kejam itu telah menyebabkan 740 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, 384 daripadanya adalah kanak-kanak.

Kumpulan itu berkata, statistik perobohan yang dilakukan oleh Israel adalah yang tertinggi dalam lebih satu dekad.

Tahun lalu, Israel telah memusnahkan 125 rumah rakyat Palestin, sehingga menyebabkan 496 penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Sejak 2006 hingga 2016, Israel telah merobohkan 1, 113 buah kediaman di Tebing Barat yang diduduki, sehingga menjejaskan 5,199 rakyat di negara itu.

Malah kumpulan itu berkata, perobohan yang berlaku sepanjang tahun meninggalkan kesan psikologi kepada rakyat Palestin yang sebahagian besarnya takut kehilangan tempat tinggal. – Agensi

The post Israel robohkan 168 rumah rakyat Palestin sepanjang pertengahan 2016 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?