Jangan bagi orang asing campur tangan urusan dalam negara
ALOR SETAR, Ahad – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak untuk tidak membiarkan orang asing campur tangan dalam urusan negara ini.
Merujuk kepada kes siasatan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Hadi berkata, seperti rakyat lain, beliau sendiri mengharapkan agar ianya dilakukan secara telus dan adil.
“Apa yang penting kes ini mesti disiasat dengan adil dan telus oleh kita sendiri. Jangan sampai orang boleh campur hal kita dan kalau itu berlaku, itu silap kita sendiri.
“Sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bercuti atau berhenti itu bukan urusan saya. Kita mahu ambil alih kerajaan secara demokratik dan bermoral,” katanya lapor Utusan.
Minggu lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan rasmi memfailkan saman memohon untuk merampas beberapa harta yang berkaitan 1MDB.
Saman yang difailkan di mahkamah itu turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.
Jabatan itu memohon untuk menyita aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa bagi mengubah wang yang telah dilesapkan daripada 1MDB.
The post Jangan bagi orang asing campur tangan urusan dalam negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan