Jangan jual kuasa di tangan anda, kata Shafie Apdal kepada pengundi

photo_2016-07-30_16-06-48

Oleh RZ

KULIM, Sabtu – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mengingatkan rakyat supaya tidak lagi menjual kuasa
yang ada pada tangan mereka hanya kerana diberi RM1,000 setahun atau RM300 setiap kali hedak membuang undi pada
pilihan raya.

Serentak itu, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan baru-baru ini mengumumkan
keluar daripada parti itu, yakin Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan kalah di Kedah dan Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, kuasa yang ada pada tangan rakyat iaitu untuk memilih kerajaan yang bagus dan bertanggungjawab adalah
demi masa depan anak bangsa dan negara.

“Kuasa yang ada pada tuan-tuan digeruni dan ditakuti oleh pemimpin politik, termasuk Datuk Seri Najib Razak. Kuasa
yang ada ini tidak perlu dibayar atau dibeli, kerana ia adalah hak kita.

“Jangan jual undi… jangan jual kuasa tuan-tuan. Yang ini tidak perlu dibayar, tak perlu dijual. Ini untuk masa depan anak
generasi akan datang,” katanya berucap pada program penerangan isu-isu semasa di Karangan, Kulim, malam tadi.

Katanya, keadaan UMNO semakin hari semakin parah di bawah Najib, berbeza pada zaman pentadbiran Presiden yang lain.

Keadaan ekonomi yang teruk, selain skandal membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan rakyat menanggung beban.

Shafie berkata, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa hutang berbilion-bilion ringgit yang dibuat oleh 1MDB di bawah pengurusan Najib, dibayar oleh rakyat menerusi cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Kita sebut duit tuan-tuan tak rasa sebab tak dapat. Tapi yakinlah yang tuan-tuan kena bayar menerusi GST. Itulah tujuannya. Akhirnya GST diguna untuk membayar hutang 1MDB.

“Aset 1MDB yang dulu dimiliki 1MDB, kini diletak di bawah Kementerian Kewangan. Rakyat hanya mendapat BR1M RM1,000 setahun sekali terus mengatakan kerajaan bagus. Tapi tiap-tiap bulan kerajaan kena bayar hutang 1MDB beratus juta, bukannya satu tahun, tapi satu bulan,” katanya.

The post Jangan jual kuasa di tangan anda, kata Shafie Apdal kepada pengundi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?