Jihad IS bukan jihad sebenar

ISIS1

KUALA LUMPUR, Jumaat – Jihad yang dibawa kumpulan militan IS bukan jihad yang sebenar seperti yang didakwa mereka kerana ia amat bertentangan daripada ajaran agama Islam, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Ruslan Said.

Beliau berkata, Islam tidak menganjurkan aktiviti keganasan seperti yang dilakukan IS.

“Pejuang IS hanya melakukan perkara-perkara yang sia-sia dan kematian yang mereka mahukan bukanlah syahid.

“Ia terpesong dengan akidah umat Islam kerana Islam adalah agama yang mencintai keamanan,” katanya ketika berucap pada sidang khas ‘Ancaman Daesh Bertapak di Malaysia’ di dewan besar Utusan Melayu, di sini hari ini.

Sidang khas itu diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai keseriusan ancaman Daesh terutama golongan muda kerana golongan itu menjadi sasaran untuk direkrut menjadi ahli.

Roslan berkata, penglibatan rakyat Malaysia dalam perjuangan IS disebabkan sifat ehsan atau kasihan melihat kesengsaraan umat Islam di luar negara.

Ia juga didorong dengan sifat yang ingin memberitahu dunia bahawa perjuangan Deash adalah Islam dan jihad, katanya.

Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia (UIAM), Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, umat Islam di negara ini perlu memperkasakan diri dengan ilmu fiqah kerana perjuangan angkat senjata bukanlah semata-mata jihad.

“Selain itu, berbakti kepada ibu bapa juga merupakan jihad.

“Terdapat satu kisah di mana seorang anak muda dilarang Rasulullah untuk menyertai peperangan dan disuruhnya pulang kerana berbakti kepada ibu bapa itu juga adalah jihad,” katanya. – Bernama

The post Jihad IS bukan jihad sebenar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?